Resipi Nasi Ayam Marvellous!
Assalamualaikum semua.... jumpa lagi untuk resipi ke3!
Entah napa a few days back teringin sgt nak makan nasi ayam, so saya pun godek2 lah cik tenet utk cari resipi terbaik, konon2 lah...sbb tak pernah pulak buat, asyik dengar ja org kata senang...godek punya godek, saya pun jumpalah satu resipi ni...nampak gbr dalam blog ni sgt best...jadi, hari ni nak kongsi dengan you guys resipi nasi ayam yg marvellous ni...Seronok masak nasi ayam ni, though renyah skit sbb ada nasi, sup, sos, kicap sayur (ofkoz la saya buat full set ;). So, tahniah kpd diri sdri sbb berjaya pull this out!
Bahan-bahan ( 6-8 orang )
A) Untuk rebus ayam
- 1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
- 2 ulas bawang putih
- 2 cm halia yg diketuk
- Garam
B) Untuk perap
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 cm halia
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit kicap cair
- Sedikit minyak bijan/masak
C) Untuk nasi
- 5 cawan beras
- 3 sudu besar butter/planta/ghee
- 1 cm halia - ditumbuk
- 4 ulas bawang putih – ditumbuk
- air rebusan ayam secukupnya
- Sedikit garam
- 1 bunga lawang
- 2 buah pelaga
- 1 kayu manis
- 1 batang serai – ketuk
- 2 helai daun pandan
- kunyit hidup untuk dapatkan warna kuning
- Pewarna kuning
D) Untuk sos
- 5 biji cili merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- 1 sudu teh cuka
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh gula
- 1/2 cawan air rebusan ayam
E) Untuk sup
- Air rebusan ayam
- 1 biji bawang besar kisar
- Sup bunjut
- Garam
- Daun sup yg dihiris.
F) Untuk kicap
- Kicap manis cap kipas udang
- Gula
- 3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
- sebiji bawang putih
- Air rebusan ayam
Ok, agak macam-macam juga, tapi tips kalau nak cepatkan kerja, pastikan semua bahan dah ada, and bawang putih dan halia tumbuk banyak-banyak sekaligus, so that bila nak tu, boleh agak-agak ja nak ambil.
Ok, enough with bahan-bahan, cana nak masak?
1. Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk dan letak garam secukup rasa. Rebus sehingga empuk.
2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan
perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20
minit. Lumurkan sedikit madu.
Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk
sedikit sebelum dihidangkan.
Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu
secara "Touch N Go", barulah ayam lembut.
![]() |
| Ayam setelah digoren, sengaja saya tak buang kulit, so dapat mengekalkan juice ayam tu |
3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter,
tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia, kunyit serta bawang putih hingga
garing.
4. Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga
terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit
pewarna. Masak seperti biasa.
![]() |
| Hasil nasi tadi, kena pakai agak kalau masak atas api instead of dalam rice cooker |
5. Blendkan semua bahan nak buat sos. Tambah tomato sos/sos cili jika suka dan masak sebentar sos tadi.
![]() |
| Hasil sos cili |
6. Untuk buat kicap, tumbuk bawang putih dan cili api, masukkan kicap manis,air rebusan ayam tadi dan gula. Kacau sampai sebati semua
![]() |
| Hasil sos kicap |
7. Untuk buat sup pula, air rebusan ayam didihkan bersama bawang
besar, sup bunjut, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum
dihidangkan.
![]() |
| Sup yang sedang panas-panas |
8. Bolehlah dihidangkan dengan salad, timun dan tomato segar dari ladang...~
Dah siap semua tu, bolehlah panggil mama abah, adik, kakak, abang, jiran sebelah datang mencuba...sila2 :). Anak-anak sedara saya yang mula-mulanya malu-malu alah nak makan tu pun sampai tambah dan yang penting, diorang nak makan sayur, misi tercapai ;p
![]() |
| Photo credit to Haza, tengkiu! |
.












